30 Disember 2012 - 20:30

Akhbar rasmi Pakistan melaporkan 30 orang terbunuh manakala 45 yang lain cedera dalam serangan bom terhadap rombongan pengikut mazhab Syiah yang sedang menuju ke Masyhad, Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berita rasmi Pakistan melaporkan rombongan pengikut mazhab Syiah telah diserang. Dalam kejadian di Mastung, Balucistan ini 30 orang dilaporkan terbunuh termasuk 4 wanita, manakala 45 yang lain cedera. Rombongan ini dikatakan sedang dalam perjalanan untuk menziarahi makam Imam Ali bin Musa al-Ridha (a.s) di Masyhad, Iran.Menurut sumber berita, pengganas memasang bom di sebuah motorsikal yang diletakkan berhampiran dengan sekumpulan penziarah Syiah.Sumber lain menyebut korban serangan tidak kurang dari 10 orang dan lebih 40 yang lain cedera dalam letupan bom tersebut.