27 Januari 2013 - 20:30

Mufti Tunisa menjelaskan masalah prejudis yang dihadapi umat Islam

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mufti Tunisia Sheikh Othman Battikh menyifatkan orang yang menggelarkan Syiah sebagai Rafidhah sebagai mundur dan jahil. Beliau berkata demikian ketika wawancara bersama Taghrib News Agency hari ini.Menurut beliau lagi, isu seperti ini menyebabkan umat Islam menjadi bingung, tidak memberikan manfaat, bahkan menambahkan perpecahan dan perseteruan di kalangan mereka, sepatutnya umat mengajak apa yang diseru oleh Rasulullah (s.a.w).Beliau turut mengulas ucapan Mahmoud Ahmadinejad sebagai kata-kata yang menyentuh perasaan dan meliputi seluruh isu. Baginya insan yang waras menyeru kepada kebijaksanaan dan saling bekerjasama dengan perasaan kasih sayang serta tulus ikhlas. Namun orang yang jahil mendekatkan diri mereka dengan perbalahan dan menyemai fitnah di antara Syiah dan Sunni, begitu juga di antara umat Islam dan non-muslim.Mufti Tunisa menyeru agar provokasi dihentikan segera kerana ianya hanya memundurkan umat Islam. Beliau berkata, "Kita hendaklah menjadi seorang muslim yang dikenali sebagai mempunyai teladan yang baik, bukan hanya untuk orang Islam yang lain, bahkan untuk seluruh manusia."Mengenai perpaduan umat Islam beliau menjelaskan, "Umat Islam hendaklah sentiasa optimistik, hanya orang kafir sahaja yang berputus asa dari rahmat Allah. Kita sebagai umat Islam percaya tentang masa depan yang cerah, kita juga mempunyai akidah bahawa perpaduan di antara umat Islam bukanlah suatu perkara yang mustahil. Ianya akan menjadi realiti menerusi kebijaksanaan dan kerasionalan. Terdapat contoh realiti perpaduan di zaman Rasulullah (s.a.w).""Sebagaimana kita optimistik terhadap Kebangkitan Islam, maka perhimpunan dan persidangan ini adalah hasil daripada keputusan-keputusan yang berkesan untuk umat Islam. Pihak pemerintah hendaklah meletakkan hasil ini dalam sebarang keputusan dan perlaksanaan yang mereka putuskan," ujar beliau.