Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengganas pakistan telah melepaskan tembakan rambang kepada masyarakat awam Syiah sehingga meyebabkan seorang lelaki berusia 24 tahun terkorban.

Mangsa bernama Faiz Hussain terbunuh di tempat kejadian, di Shahrah-e-Noorjahan, berhampiran Kolej Islam pada Jumaat lalu (23 Februari). Jenazah beliau dipindahkan ke Hospital Abbasi Shaheed dan siasatan kes ini masih berjalan.

Gerakan pembunuhan Syiah semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu apabila pihak kerajaan gagal bertindak menanganinya. Amalan rasuah dikalangan para pegawai Pakistan dikatakan faktor utama kecuaian mereka dalam menguatkuasakan undang-undang.

Wanita Syiah terkorban akibat cedera dalam Pengeboman di Quetta, Karachi.

Seorang wanita Syiah yang bernama Gul Afshan, cedera dalam serangan bom Lashkar-e-Jhangvi pada Hazara. Beliau kemudian meninggal dunia di Aga Khan Hospital, Karachi akibat kecederaan yang parah. Jenazah Gul Afsan dipindahkan ke Fatmiyah Khana untuk dimandikan dan kemudian dihantar kembali ke Quetta.

Lashkar-e-Jhangvi mengaku bertanggungjawab dalam letupan tersebut tidak lama selepas kejadian.

2 pengganas Lashkar-e-Jhangvi dibunuh, 4 ditangkap di Quetta

Dua pengganas yang terkenal sebagai Lashkar-e-Jhangvi terbunuh manakala empat yang lain ditahan dalam satu serbuan penguatkuasaan undang-undang di Quetta pada bahagian Jumaat lalu dalam satu operasi anti-pengganas.

Kerajaan melancarkan operasi ini setelah pengeboman Quetta yang menyebabkan kematian 90 Syiah Hazara pada 16 Februari lalu.

Kira-kira 170 pengganas Sipah-e-Sahaba dan Lashkar-e-Jhangvi telah ditangkap dalam beberapa serbuan berasingan dan pihak kerajaan berikrar untuk meneruskan tindakan menangkap semua elemen-elemen yang terlibat dalam aktiviti pengganas.

Pengganas yang terkenal sebagai Lashkar-e-Jhangvi mendakwa bertanggungjawab dalam serangan tersebut. Sementara itu penyokong Deobandi / Salafi mengadakan bantahan di Karachi dan Quetta terhadap operasi menggempur pengganas Lashkar-e-Jhangvi. Sebelum dari itu ketua Malik Ishaq Lashkar-e-Jhangvi dan pembantu beliau Ghulam Rasul telah ditahan di Punjab.

Perhimpunan bantahan terhadap pembunuhan pengikut mazhab Syiah Dr. Ali Haidar

Persatuan doktor dan profesor perubatan berhimpun di Lahore untuk membantah pembunuhan Profesor Syiah yang terkenal Doktor Ali Haidar dan anaknya Ali Murtaza di Lahore, Pakistan.

Perhimpunan ini berarak dari Universiti Perubatan King Edward sehingga ke Nila Gumbad.