14 Mac 2013 - 10:39

Kerajaan Syria dedahkan campurtangan asing dalam negaranya dan Majilis Fatwa Tertinggi seru jihad mempertahankan Syria dan rakyatnya.


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri Waqaf Dr. Muhammad Abdul Sattar al-Sayyid menegaskan bahawa Syria sedang berhadapan dengan campurtangan asing yang melancarkan konspirasi untuk menghapuskan masa depan negara dan perpaduan nasional.

Al-Sayid menerangkan, peperangan ke atas Syria bukanlah hanya masalah keselamatan semata-mata, tidak mungkin juga pencerobohan asing dan kebanjiran pengganas dari luar dibiarkan yang mana mereka ini disokong oleh pengeluar fatwa termasuk Yusuf al-Qardhawi. Para ulama yang bukan warga Syria ini jahil tentang Syria dan tidak tahu apa-apa tentang negara ini. Itupun mereka sanggup memperalatkan hukum syariat dengan menghalalkan agenda Qatar agar darah rakyat ditumpahkan atas nama jihad. Sementara itu dalang di sebalik kejadian di Syria berasal daripada individu-individu di Saudi, Qatar, Mesir yang sedang menjadi tunggangan Zionis dan Amerika. Kerana itu mereka mengeluarkan fatwa pengkafiran dan jihad ke atas Syria sebagai ganti fatwa untuk memerangi pencerobohan ke atas Iraq, Gaza dan Lubnan.

Menurut menteri Waqaf lagi, sesungguhnya agama mengatur urusan, bukannya menjadi alat propaganda. Mereka yang telah memberikan fatwa pembunuhan di Syria telah menjadikan agama sebagai alasan dalam melancarkan komplot dan matlamat mereka yang menjadikan Syria dan rakyatnya sebagai korban sedangkan ini bukanlah pemecahan masalah.

Al-Sayyid berkata, ulama Syria termasuklah pemimpin mereka Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Bouti selaku presiden Majlis Kesatuan Ulama Negara Sham, begitu juga Mufti Besar Republik Arab Syria Dr. Ahmad Badruddin Hassoun telah menyatakan pandangan mereka dalam setiap khutbah Jumaat tentang seruan jihad membela Syria dan rakyatnya sesuai dengan fatwa yang telah dikeluarkan Majlis Fatwa Tertinggi. Sebaliknya kelompok Arab secara terbuka menyiapkan senjata untuk menyerang Syria dan menentang apa sahaja saranan yang dikemukakan fatwa ulama Syria.