Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beribu-ribu penunjuk perasaan turun di jalan-jalan untuk memperingati pemusnahan masjid Syiah yang dirobohkan oleh regim Al Khalifah.
Demonstrasi besar yang dianjurkan oleh parti pembangkang ini bermula dari perkampungan Diraz pada hari Jumaat lalu dan akan berakhir di perkampungan Saar minggu depan.
Bantahan selama seminggu dilancarkan untuk menandakan ulang tahun kedua kemusnahan sebanyak 38 masjid Syiah di tangan regim negara ini. Mereka turut menamakan minggu ini sebagai "Minggu memperingati pemusnahan masjid".
Revolusi Bahrain bermula pada pertengahan Februari 2011 bersamaan dengan kebangkitan di negara-negara Arab Timur Tengah sehingga membawa kejatuhan diktator Tunsia dan Mesir.
Kerajaan Bahrain bersama tentera Saudi memberikan reaksi yang sangat keras untuk membubar demonstrasi aman seperti menangkap ratusan pejuang revolusi termasuk doktor dan jururawat. Namun rakyat Bahrain masih meneruskan perjuangan menuntut hak mereka hingga hari ini walaupun ramai di kalangan mereka telah terkorban.