Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri perisikan Israel membuat pengakuan bahawa presiden Syria dijangka akan mencapai kemenangan dalam usaha membanteras pengganas selama dua tahun dengan bantuan Iran dan Hizbullah.Meskipun penilaiannya itu segera dinafikan oleh perdana menteri Benjamin Netanyahu dalam kerajaan campurannya, pengakuan ini mencerminkan kesukaran yang dihadapi entiti Zionis dan negara-negara Barat dalam meramalkan nasib Syria dan pertimbangan dasar campurtangan mereka."Kemungkinan di penghujung kes tersebut memberikan kelebihan kepada Bashar Assad," kata Yuval Steinitz, menteri bagi Hal Ehwal Antarabangsa, Strategi dan Perisikan dalam satu pertemuan bersama Persatuan Akhbar Asing."Saya rasa ianya munasabah, dan sebelum ini juga saya fikir tidak mustahil," tambahnya.Walaupun Steinitz bukan ahli kabinet keselamatan Zionis, namun dia mempunyai maklumat terkini tentang perisikan Zionis kerana menjadi penyampai maklumat kepada perdana menteri Benjamin Netanyahu. Katanya lagi, "Kerajaan Assad berkemungkinan tidak hanya akan bertahan, bahkan beliau akan mendapat kembali semua wilayah dari kumpulan-kumpulan militan pembangkang.""Dalam apa jua konflik, sekiranya pembangkang tidak mencapai kemajuan, dalam masa yang sama rejim dapat menguruskan kesinambungan hidupnya dan terus mendapat sokongan kuat dari negara-negara lain yang bernama Iran dan Hizbullah... akhirnya ia mungkin dapat meneruskan kehidupan," jelasnya lagi.Menteri Zionis ini enggan mengulas lebih lanjut mengenai kemungkinan Presiden Assad akan mencapai kemenangan dengan alasan tidak mahu campurtangan dalam hal ehwal Syria di depan umum.Walau bagaimanapun terdapat laporan yang menunjukkan bahawa entiti Zionis telah menubuhkan hospital dalam berbagai bidang bagi merawat pengganas yang cedera.Sementara itu video yang beredar dalam internet pula menunjukkan peluru Zionis telah disimpan dalam kubu dan terowong pengganas yang menduduki bandar di sempadan bandar Al-Qushair selama lebih dua tahun sebelum askar Syria berjaya merampas kawasan tersebut minggu lalu di samping mengembalikan keamanannya.Bimbang tercetusnya konfrontasi dengan askar Arab Syria, menteri Zionis berusaha meningkatkan amaran ke atas Damsyik supaya tidak menyeret negaranya ke dalam konflik."Saya mencadangkan kepada Syria, kepada rejim Assad, berwaspadalah, jangan izinkan sebarang provokasi terhadap Bukit Golan atau cuba menentang negara Israel," tegas Steinitz.Minggu lalu, pengganas Takfiri menduduki Quneitra yang berada di tengah-tengah Syria dan Palestin sehingga membawa kepada pertempuran sengit dengan askar kerajaan dan mencetuskan kebimbangan Zionis.
9 Jun 2013 - 19:30
News ID: 428359
Menteri Zionis mengaku Bashar Al-Assad akan mencapai kemenangan walaupun kenyataannya segera dinafikan perdana menteri Israel