22 Jun 2013 - 19:30
Ali Hasan Al-Mahrous maut ditembak polis Saudi

Hasan Al-Mahrous maut 19 tahun, maut akibat ditembak oleh pasukan keselamatan Saudi pada petang Jumaat

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pasukan keselamatan Saudi melepaskan tembakan rambang ketika mengejar sebuah motorsikal dalam sebuah serbuan di perkampungan Al-Tuba, Wilayah Al-Qatif yang mempunyai penduduk majoriti Syiah pada petang Jumaat.Akibat tembakan tersebut seorang pemuda berusia 19 tahun yang dikenali Hasan Mahrous maut akibat terkena peluru yang dilepaskan mereka. Ketika kejadian mangsa sedang berada di dalam kereta yang terletak di tepi jalan.Berasaskan laporan ini satu peluru menembusi bahunya manakala 2 peluru lagi mengenai kepalanya.Sebelum itu seorang lagi mangsa yang lain dilaporkan telah dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak diketahui samada sedang dikejar atau kebetulan melintasi kawasan yang sama. Dengan kematian ini, jumlah syuhada yang terkorban semenjak kebangkitan rakyat Saudi bertambah menjadi 17 orang.Sebelum ini Ayatullah Syeikh Al-Nimr memberi amaran pihak berkuasa Saudi bertanggung jawab terhadap kematian akibat tindakan keras mereka dan jumlah korban di kalangan rakyat bakal meningkat.