Menurut laman web Bawabah al-Ahram, kenyataan tersebut disampaikan oleh ketua parti Ahrar Mesir Tariq Darwish yang menjelaskan bahawa al-Qardhawi telah dipergunakan media bagi tujuan hasutan sehingga terjadinya keganasan, pembunuhan orang awam, penggunaan senjata, pencetus pemikiran ekstremisme dan pembulian bersama negara Barat seperti Amerika, Turki, Qatar dan lain-lain lagi dalam memberikan manfaat kepada negara Zionisme. Ulama tersebut dikatakan mempunyai agenda rapat dengan Qatar dalam menginduksi rampasan kuasa bersenjata menentang Jeneral Abdel Fattah al-Sisis selain menyalakan api perselisihan antara anggota keselamatan.
Kenyataan tersebut turut menyeru penangkapan al-Qardhawi melalui Interpol supaya dapat dikembalikan ke Mesir untuk diseret ke muka pengadilan.
Yusuf al-Qardhawi selaku ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia telah melancarkan serangan keras terhadap askar Mesir yang meleraikan tunjuk perasaan di Rabaa El Adaweya sambil menyifatkan tentera penceroboh Israel lebih baik dari askar Mesir dalam kemanusiaan!
Qaradawi berkata dalam klip video itu di YouTube bahawa "Allah akan memberikan pembalasan terhadap tentera yang tidak pernah terlihat dalam sejarah, seperti apa yang mereka lakukan di Mesir".
Berita berkaitan: