12 Oktober 2013 - 20:30
Maut diseksa dan tidak diberi rawatan.

Seorang lagi penduduk Bahrain maut akibat diseksa dan tidak diberikan rawatan dalam penjara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Salah seorang tahanan politik Bahrain, Yusuf Ali Abdullah Yaqub al-Nashmi, 31 tahun, meninggal dunia setelah diseksa ejen regim Al Khalifah, dua hari lalu.

Parti Al-Wefaq memaklumkan kematiannya dengan menegaskan bahawa mangsa meninggal dunia akibat diseksa dan tidak mendapat rawatan perubatan selama dalam tahanan.

Al-Nashmi telah ditahan oleh pihak rejim pada 17 Ogos 2013 atas tuduhan terlibat dalam demonstrasi aman.

Menyedari kecederaan parah yang dialaminya itu boleh membawa kematian, mahkamah rejim Al Khalifah bertindak membebaskannya pada 8 Oktober lalu.

Peguam mangsa, Zainab Abdul Aziz menuduh pihak pendakwaraya tidak menghiraukan kesihatannya selama di bawah tahanan sedangkan hidup mangsa sebelum ini perlu bergantung dengan alat perubatan. Katanya lagi Yusuf al-Nashmi hanya dapat bertahan selama 45 hari selama disoal siasat dan ini menyebabkan kesihatannya menjadi semakin parah.

Menurut Zainab lagi, "Kesimpulannya, kurang prihatin pegawai penjara tentang keselamatan Yusuf Al-Nashmi dan rawatannya telah menyebabkan otak beliau hampir tidak berfungsi. Mahkamah ingin menahannya sehingga ke hari perbicaraan tanpa membenarkan keluarganya menyediakan keperluan rawatan."

Menurut laporan pegawai perubatan, beliau mengalami bengkak di bahagian otak dan radang yang hampir menyebabkan otaknya tidak berfungsi."

Setiausaha Agung gerakan Ahrar di Bahrain, Sa'id al-Shahabi berkata, "Tindakan yang diambil terhadap Yusuf al-Nashmi merupakan sebuah jenayah."

Pihak pusat hak asasi manusia Bahrain turut melahirkan rasa kesal mereka terhadap penahanan dan serangan ganas ejen Al Khalifah yang dilakukan tanpa sebarang perbicaraan atau menurut undang-undang. Selain itu mereka turut mengecam tindakan menghalang tahanan politik memberikan keterangan kepada pihak luar, selain mendapatkan hak rawatan.

Sementara itu keluarga beliau melaporkan bahawa mangsa telah ditahan dan dipukul pada 17 Ogos lalu, ketika dalam perjalanan ke rumah saudara lelakinya, berhampiran Medan Jad al-Hafsh.


يوسف النشمي


Yusuf Al-Nashmi ketika menerima kunjungan pertama saudaranya di penjara melaporkan bahawa beliau dicerca dan dipukul kuat pada bahagian kepala, muka dan tangan. Pada mulanya beliau tidak mengaku bersalah, namun akhirnya membuat pengakuan setelah dipukul. Dalam pertemuan kedua, pegawai penjara enggan menerima ubat-ubatan yang dibawa keluarga mangsa walaupun kesihatannya sudah semakin parah. Namun dalam pertemuan berikutnya, mangsa didapati tidak dapat bertutur dengan baik. Meskipun begitu pegawai penjara menuduh keluarganya telah memberikan ubat yang tidak sesuai sehingga menyebabkan mangsa hilangan ingatan.

Dengan kematian al-Nashmi, korban revolusi Bahrain meningkat seramai 114 orang.