24 Oktober 2013 - 20:30
Remaja maut terkena bom sonic

Ejen Al Khalifah menyerang demonstrasi aman di Bani Jamra dengan gas beracun, bom sonic dan peluru kacang-kacang, seorang remaja dilaporkan terbunuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang remaja dilaporkan terbunuh setelah pihak berkuasa melepaskan bom sonic ke arah demonstrasi aman yang bertempat di Bani Jamra.Penduduk di Bani Jamrah pada hari Khamis lalu memenuhi jalan raya dalam rangka memprotes tindakan kerajaan yang mengepung kawasan penempatan mereka. Pihak berkuasa pula cuba membubarkan protes tersebut dengan melepaskan tembakan gas beracun dan peluru kacang-kacang. Dalam kejadian tersebut seorang remaja bernama Ali Khalil al-Shibagh terbunuh akibat terkena bom sonic di bahagian kepalanya.Dengan kematian ini, jumlah mereka yang gugur syahid dalam revolusi Bahrain meningkat seramai 116.Pada masa yang sama mahkamah rejim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas 6 orang pejuang revolusi atas tuduhan kononnya cuba membunuh pasukan polis.Beberapa hari lalu pemerhati dari Human Rights Watch, Yusuf al-Muhafizah, memaklumkan bahawa mahkamah Bahrain telah menghukum 5 tahun penjara ke atas 3 penduduk atas tuduhan membakar tayar kenderaan dalam salah satu demonstrasi anti kerajaan.Sementara itu mahkamah jenayah Bahrain mengurangkan hukuman penjara dari tempoh 7 tahun kepada 3 tahun ke atas seorang yang melakukan kesalahan membunuh pejuang revolusi bernama as-Syahid Ali Abdul Hadi.Negara Bahrain dilanda pergolakan politik dalam negara sejak 2 tahun lalu apabila rakyatnya bangkit menentang pemerintahan rejim dan menuntut kesejahteraan sosial.Pasukan keselamatan Bahrain yang turut dibantu rejim pasukan polis Saudi bertindak menyuraikan demonstrasi aman sehingga puluhan penduduk terbunuh.Para saksi dari berbagai badan hak asasi manusia melaporkan sejumlah kejadian penyeksaan terhadap penduduk awam sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian, termasuklah wanita yang keguguran akibat gas beracun.