
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Saluran satelit al-Mayadin memaklumkan pemimpin militan Ahfad al-Rasul yang merupakan salah satu sayap Free Syrian Army (FSA) terbunuh dalam pertempuran sengit dengan askar Syria di Beit Jann Kenitra.
Pemimpin Katiba Junudullah terbunuh di Homs
Prajurit Syria berjaya membunuh segerombolan militan yang cuba menyerang pos kawalan berhampiran jambatan Zara, Homs. Antara yang terbunuh di kalangan mereka ialah ketua batalion Junudullah, bermana Mutassim al-Dandashi.
Sementara itu prajurit Syria berjaya memusnahkan lima kereta yang sarat dengan senjata dan peluru di Barat Dar al-Ajaza, wilayah, al-Sa'n, begitu juga segerombolan militan di al-Rabiya, al-Mushairifah dan Al-Hebra al-Sharqiya berhampiran al-Mokharram dan Teluk Kaisin, wilayah Kisin, termasuk di al-Hazm berhampiran perkampungan al-Hawarin.
Dalam masa yang sama askar kerajaan berjaya membasmi pengganas perkampungan al-Khalidiya dan al-Zarah dengan terbunuhnya sebilangan ahli militan. Sementara itu sejumlah besar militan berjaya dibunuh di al-Waleed, Joure al-Shiyah dan Souq Gaj, wilayah Homs.
Di Damsyik pula seorang ketua militan warga Syria bernama Hussam Briggawi, yang digelar Namur al-Haq terbunuh di wilayah al-Shaghour dalam satu operasi membebaskan kem pelarian Yarmouk dari pengganas.
Askar kerajaan juga mencapai kejayaan dalam operasi memerangi pengganas yang berkumpul di Aleppo dan semua ahli militan di situ berjaya dibunuh.
Beberapa anggota militan yang berkedudukan di salah sebuah bangunan, di al-Sheikh Sa'id terbunuh apabila mortar yang disasarkan ke atas mereka jatuh mengenai kawasan mereka.
