1 November 2013 - 11:47
Ikhwanul Muslimin tolak perdamaian

Ziyad Baha'uddin memaklumkan kesediaan kerajaan Mesir bagi menerapkan perdamaian dan keamanan nasional, namun Ikhwanul Muslimin menolaknya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri Kerjasama Antarabangsa Mesir, Ziyad Baha'uddin berkata Mesir bersedia melaksanakan pendekatan bagi tujuan perdamaian, namun jemaah Ikhwanul Muslimin yang sedang sibuk mengikuti perkembangan perbicaraan mahkamah bekas presiden Muhammad Mursi minggu depan menolak mentah-mentah sebarang usaha penyelesaian krisis politik.

Beliau menambah, "Kerajaan Mesir mementingkan pendekatan damai, namun mereka yang berusaha sedaya upaya menolaknya dari menjadi kenyataan, golongan menangguhkan kestabilan Mesir ialah para pemimpin jemaah Ikhwanul Muslimin."

Askar Mesir dalam bulan Julai lalu bertindak menggulingkan Muhammad Mursi dari jawatan Presiden Mesir yang berasal dari kumpulan Ikhwanul Muslimin setelah demonstrasi besar-besaran berlangsung. Beribu-ribu penyokong Mursi dan pemimpin kumpulannya telah ditangkap setelah itu.

Muhammad Mursi bersama 14 pemimpin Ikhwanul Muslimin dijangka akan diseret ke muka pengadilan pada tanggal 4 November ini atas tuduhan mencetuskan keganasan dan pembunuhan di hadapan Istana Presiden.

Berasaskan laporan ini, Baha'uddin berusaha keras mengeluarkan Mesir dari kemelut politik yang melanda negara tersebut.