8 November 2013 - 20:30
Israel bukan musuh kami

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Deligasi 'Majlis Istanbul' mengucap terima kasih kepada entiti Zionis atas sokongannya dalam membantu pemberontakan di Syria dan meminta pihak tersebut terus memberikan rawatan sewajarnya kepada militan yang cedera dalam format kerjasama yang dinamakan sebagai 'Pembangkang Luar' dan 'Pendudukan Israel'.

Laman sesawang wallah yang memetik laporan sebuah radio Israel menyatakan bahawa anggota Parlimen Knesset dari parti Shas Jacob telah mengadakan sebuah pertemuan di Turki bersama wakil-wakil militan. Dalam pertemuan tersebut pihak militan memberikan penghargaan kepada Zionis atas sokongan mereka seperti memberikan rawatan kepada anggota militan yang tercedera di dalam kawasan pendudukannya ketika berperang dengan kerajaan Syria.

Dalam pertemuan ini wakil-wakil pemberontak Syria turut menyatakan kekesalan mereka terhadap sokongan Barat yang menurut mereka amat mengecewakan.

Wakil bernama Muhammad Adnan yang mengetuai Kesatuan Pemberontak Dalaman Syria berkata, hakikatnya Israel bukanlah musuh , bahkan rakan dalam perjuangan menentang musuh.

Sumber turut menyatakan bahawa pihak pemberontak meminta bantuan baru daripada Zionis yang tidak terbatas pada bantuan perubatan semata-mata.

Rejim Zionis sebelum ini bertindak memberikan bantuan perubatan dan merawat ratusan anggota militan yang tercedera di dalam kawasan pendudukannya.