Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Lembaga Penyelidikan Islam yang berkait rapat dengan Syeikh al-Azhar buat pertama kalinya menganjurkan persidangan anti Wahabi di bawah tema "Peranan Pensyarah al-Azhar dalam Menghadapi Kekerasan dan Pemikiran Takfiri".
Dalam persidangan ini beberapa ulama al-Azhar menyeru perlaksanaan usaha bersepadu dalam menyebarkan pemikiran Islam yang sahih dan memerangi akidah Takfiri yang telah menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat.
Para peserta persidangan ini menegaskan bahawa agama Islam jauh dari sebarang aksi keganasan, perselisihan dan perpecahan. Di samping itu, mereka juga meminta yayasan-yayasan muslim bergerak aktif dengan memanfaatkan pakar agama bagi menyebarkan pemikiran Islam yang sebenar demi memerangi aikidah Takfiri.
Mufti Mesir Dr. Shawqi Allam yang hadir berkata, "Memerangi pemikiran Takfiri memerlukan usaha dan waktu yang banyak bagi menghapuskannya seratus peratus."
Sementara itu Menteri Agama Mesir, Dr. Mukhtar Jum'ah menganggap salah satu jalan efektif dalam memerangi Takfiri ialah dengan menggunakan istilah fasik dan kafir kepada golongan ini.
Persidangan ini dilangsungkan ketika keganasan yang dicetuskan golongan Takfiri merebak ke seluruh rantau Timur Tengah.
14 Januari 2014 - 20:30
News ID: 497270
Pensyarah-pensyarah Universiti Al-Azhar melancarkan kempen menyebarkan pemikiran Islam yang sahih dalam rangka memerangi akidah Takfiri