Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setelah mengumumkan kutipan cukai Jizyah daripada orang bukan Islam, kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Sham (ISIL) bertindak meletakkan tanda bagi setiap rumah penduduk Kristian.
Tindakan ini dilakukan setelah pengumuman kutipan cukai Jizyah dalam solat Jumaat semalam di wilayah yang berada di bawah cengkaman pengganas tersebut.
Penduduk Kristian juga diberi pilihan samada memberi cukai untuk perlindungan nyawa masing-masing atau memeluk agama Islam.
Beberapa rumah orang Kristian hari ini telah ditulis huruf "Nun" sebagai tanda Nasara yang bermaksud Kristian.
Selain itu penduduk Kristian juga akan dipaksa menghadiri majlis tandatangan perjanjian yang menyatakan mereka harus memabayar cukai Jizyah sebagai perlindungan kerana berada di dalam kawasan kekuasaan ISIL.
Hingga kini penduduk Kristian di Mosul diberi tempoh selama 24 jam untuk menyatakan pilihan samada membayar cukai Jizyah atau memeluk Islam.