Quetta: Sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah anggota masyarakat Hazara sehingga menyebabkan 8 orang terbunuh manakala 6 yang lain cedera dalam keganasan sektarianisme terbaru di Pakistan, pagi Khamis lalu.
Pegawai kanan polis, Imran Qureshi berkata, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang ke arah bas Mazda dan membunuh 8 orang entik Hazara.
"Pembunuh melepaskan tembakan rambang ke arah bas tersebut dan segera melarikan diri agar tidak dikesan," kata Qureshi.
Jenazah telah dipindahkan ke kompleks Hospital yang sudah dipenuhi keluarga dan sahabat handai mangsa kejadian. 2 mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospitak tersebut.
"Ini adalah pembunuhan terancang," katanya lagi. Kejadian menyebabkan masyarakat tempatan menjadi panik.
Pembunuhan dan keganasan terhadap masyarakat Syiah Pakistan yang didalangi kumpulan pelampau beraliran Wahabi seperti Lashkar -e- Jhangvi (LJ) semakin bermaharaja lela akhir-akhir ini.
Menurut kajian statistik awal bulan ini yang dilakukan Tahir Husain, Presiden Hak Asasi Manusia Balochistan yang bernaung di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan (HRCP), keganasan penganut aliran Wahabi telah mendorong 200,000 etnik Hazara berpindah ke bandar-bandar utama Pakistan atau ke luar negara.
25 Oktober 2014 - 16:08
News ID: 646756
Keganasan yang dicetus penganut aliran Wahabi terhadap masyarakat Syriah semakin bermaharaja lela.