25 September 2016 - 13:21
Penulis Jordan Ditembak Mati Sebelum Menghadapi  Perbicaraan Ke Atas Karikatur Yang Kontroversi

Seorang lelaki bersenjata telah menembak mati seorang penulis Jordan di luar bangunan mahkamah, di mana beliau sepatutnya dibicarakan atas tuduhan berkongsi karikatur yang dianggap menghina Islam.

Foto menunjukkan polis dan orang ramai berkumpul di kawasan di mana penulis Jordan yang terkenal, Nahed Hattar ditembak mati di luar mahkamah di ibu negara Jordan, Amman, September 25, 2016. (Oleh AFP) 

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Agensi berita Petra memetik sumber keselamatan yang tidak dikenali sebagai berkata bahawa Nahed Hattar terbunuh ada hari Ahad setelah penyerang melepaskan tiga das tembakan ke arahnya di hadapan Istana Kehakiman di ibu negara Jordan, Amman.

"Penyerang itu telah ditahan dan siasatan sedang dijalankan," kata sumber itu.

Dua saksi berkata lelaki bersenjata dilihat mengenakan pakaian Dishdasha yang merupakan sejenis pakaian tradisional Arab bagi kaum Salafi.

Nahed Hattar ditangkap pada bulan Ogos yang lalu selepas memuat naik karikatur tersebut di akaun Facebooknya. Penganut Kristian yang berusia 56 tahun itu didakwa menghasut persengketaan mazhab dan menghina agama Islam sebelum dibebaskan dengan ikat jamin pada awal September.

Pihak berkuasa menuduh penulis tersebut melanggar undang-undang dengan berkongsi karikatur itu.

Hattar kemudian meminta maaf dan berkata bahawa dia tidak bermaksud untuk tidak menghormati Tuhan tetapi sebaliknya melakukan yang sedemikian untuk mempersenda puak radikal dan persepsi mereka terhadap agama.