Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Al-Azhar pada hari Isnin lepas mengecam pembunuhan penulis Jordan, Nahed Hattar, yang ditembak pada hari Ahad lalu di Amman sebelum perbicaraannya di atas tuduhan yang berkaitan dengan perkongsian karikatur yang bersifat "anti-Islam" di media sosial.
Al-Azhar -yang merupakan pusat pengajian Islam Sunni yang sangat terkenal di seluruh dunia- berkata di dalam sebuah kenyataan bahawa pembunuhan yang dilakukan di luar pengadilan badan kehakiman dan undang-undang sebagai sesuatu yang "tidak boleh diterima sama sekali" dan menegaskan bahawa perkara itu dilarang di dalam undang-undang syariah Islam.
Badan agama tersebut menekankan kepentingan menangani "pemikiran songsang" dengan menggunakan ajaran dan kaedah "sederhana" yang telah diguna pakai oleh Al-Azhar sepanjang sejarahnya yang gilang gemilang itu.
Al-Azhar walaubagaimanapun berkata bahawa ia menolak sebarang bentuk "penghinaan" terhadap agama Islam dan simbol-simbolnya kerana perkara ini boleh menyebabkan perbalahan di kalangan masyarakat.
Hattar ditembak mati di luar mahkamah yang di mana dia sepatutnya menghadiri sesi bagi perbicaraannya di atas pertuduhan "menghina agama" kerana berkongsi karikatur yang dianggap menghina Islam dan penganutnya di media sosial.
Lelaki bersenjata yang berusia 39 tahun telah ditangkap di tempat kejadian. Suspek juga dilaporkan bekerja sebagai pendakwah masjid.
Hattar, seorang Kristian dan seorang aktivis anti-Islam yang merupakan salah seorang penyokong Presiden Syria Bashar Al-Assad, ditahan bulan lalu selepas
beliau memuat naik dan berkongsi sebuah karikatur yang menggambarkan seorang lelaki berjanggut yang sedang merokok di tempat tidur dengan seorang wanita di syurga sambil meminta Tuhan untuk membawakan minuman keras dan gajus untuknya.
Di dalam karikatur yang sama juga, lelaki berjanggut itu digambarkan juga sebagai meminta Tuhan untuk membersihkan pinggan mangkuknya dan membuatkan pintu untuk khemahnya dan mengarahkan beliau untuk mengetuk pintu tersebut sebelum masuk.
Dar Al-Ifta yang merupakan badan agama rasmi di Jordan juga mengkritik Hattar dan mengatakan bahawa karikatur itu jelas menghina "entiti suci" sekaligus simbol agama Islam.
Al- Azhar kutuk pembunuhan Nahed Hattar yang dilakukan di luar kuasa mahkamah
Al-Azhar Kutuk Pembunuhan Penulis Jordan
29 September 2016 - 14:49
News ID: 782246
Al-Azhar pada hari Isnin lepas mengecam pembunuhan penulis Jordan, Nahed Hattar, yang ditembak pada hari Ahad lalu di Amman sebelum perbicaraannya di atas tuduhan yang berkaitan dengan perkongsian karikatur yang bersifat "anti-Islam" di media sosial.