13 Oktober 2016 - 17:18
Washington dan Riyadh Rancang Untuk Membolehkan 9000 Pengganas ISIS Tinggalkan Mosul Dan Menuju Ke Syria.

Menurut sebuah sumber yang tidak dinamakan di Moscow, badan perisikan A.S dan Arab Saudi sedang merancang untuk membuat laluan bagi membolehkan 9000 anggota pengganas ISIS untuk meninggalkan bandar Mosul seterusnya menuju ke timur Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut sebuah sumber yang tidak dinamakan di Moscow, badan perisikan A.S dan Arab Saudi sedang merancang untuk membuat laluan bagi membolehkan 9000 anggota pengganas ISIS untuk meninggalkan bandar Mosul seterusnya menuju ke timur Syria. Mereka ini kemudiannya akan menyertai sebuah operasi besar-besaran untuk merampas kembali bandar Dair al-Zaur dan Palmyra daripada Damsyik.

Sumber itu juga mengatakan bahawa apabila operasi membebaskan Mosul bermula, pesawat pakatan yang ditaja A.S akan hanya mengebom rumah-rumah terpencil dan kosong di dalam bandar tersebut sambil menambah bahawa sasaran itu telahpun ditetapkan dengan kerjasama para militan.

Beliau kemudian berkata bahawa rancangan ini merupakan salah satu daripada usaha Washington untuk meremehkan kejayaan Rusia di Syria. Moscow setakat ini telah dipuji kerana bantuannya kepada Tentera Arab Syria yang menghasilkan keputusan yang positif kepada kerajaan Damsyik di dalam usaha mereka melawan kumpulan militan yang ditaja oleh kerajaan asing.

Seorang pemerhati politik, Alexander Perendzhiev meragui bahawa rancangan tersebut akan menemui kejayaan.

"ISIS mempunyai asal-usul di Iraq dan Mosul pula adalah kubu kuat mereka. Oleh kerana itu, mereka pasti tidak mahu meninggalkan Iraq," kata beliau kepada Ria Novosti.