Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iraq, Haider al-Abadi, secara rasmi telah mengumumkan permulaan operasi membebaskan Mosul daripada cengkaman kumpulan pengganas Daesh.
"Masa untuk menggapai kejayaan telah tiba dan operasi membebaskan Mosul sudah bermula," kata beliau pada awal Isnin.
Beliau juga menambah dengan mengatakan bahawa tentera Iraq akan mengetuai operasi tersebut dengan bantuan polis kebangsaan sambil menegaskan bahawa 'mereka yang lain' tidak akan memasuki bandar itu.
Abadi di beberapa kesempatan yang lain telah berulang kali mengatakan bahawa tiada orang asing yang akan menyertai operasi tersebut sambil menambah bahawa pakatan yang dikepalai oleh A.S hanya akan memberikan sokongan terhadap operasi itu.
Setiausaha pertahanan A.S , Ashton Carter berkata bahawa operasi pembebasan Mosul adalah langkah yang amat penting dalam rangka mengalahkan kumpulan pengganas Takfiri.
"Ini adalah detik yang penting di dalam kempen menumpaskan Deash secara kekal," kata Carter di dalam sebuah kenyataan. "Kami yakin rakan kami di Iraq akan muncul sebagai pemenang sekaligus membebaskan Mosul dan Iraq secara keseluruhan daripada kekejaman dan kebencian Daesh."
Iraq sudahpun melakukan segala persiapan sejak beberapa bulan lepas dalam rangka memulakan operasi membebaskan Mosul. Bandar tersebut jatuh ke tangan Daesh pada musim panas tahun 2014. Setakat ini kerajaan Baghdad telah berjawa membebaskan beberapa wilayah yang sebelumnya dirampas Deash. Kali yang terakhir merupakan bandar Fallujah yang dibebaskan pada Jun lepas.
Masa untuk menggapai kejayaan telah tiba dan operasi membebaskan Mosul sudah bermula: Haider al-Abadi.
Operasi Membebaskan Mosul Sudah Bermula: Presiden Iraq.
17 Oktober 2016 - 06:54
News ID: 786006
Presiden Iraq, Haider al-Abadi, secara rasmi telah mengumumkan permulaan operasi membebaskan Mosul daripada cengkaman kumpulan pengganas Daesh.