Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pada hari Rabu lalu, sebuah skandal yang membabitkan pasukan polis yang didakwa memantau seorang wartawan dari Quebec menjadi lebih rumit apabila pasukan itu mengesahkan bahawa mereka juga telah memantau seramai enam orang wartawan yang lain.
Skandal itu mula terbuka apabila surat khabar La Presse yang berpusat di Montreal melaporkan bahawa seorang kolumnis mereka, Patrick Lagace sering menjadi sasaran waran polis untuk mengesan kedudukan wartawan itu melalui sistem GPS telefon bimbitnya dan juga mengumpul maklumat individu-individu yang dihubunginya.
Wartawan itu diberitahu bahawa dia dijadikan sasaran polis kerana hubungannya dengan seorang individu yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa tersebut.
La Presse juga telah mengesahkan bahawa mereka akan membawa Polis Montreal ke mahkamah berikutan perkara tersebut.
Dua hari selepas itu, skandal tersebut menjadi lebih besar apabila rangkaian penyiaran kebangsaan CBC melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 6 orang wartawan lain juga termasuk 3 orang wartawan CBC sendiri telah mengalami perkara yang sama.
Perdana Menter, Justin Trudeau akhirnya mengeluarkan kenyataan pada hari Rabu lepas dengan berkata bahawa kerajaan Kanada akan mempertahankan kebebasan akhbar di negara itu. Akan tetapi beliau juga berkata bahawa sebarang kesimpulan akan hanya diambil apabila siasatan ke atas pihak polis selesai.
4 November 2016 - 09:18
News ID: 789708
Pada hari Rabu lalu, sebuah skandal yang membabitkan pasukan polis yang didakwa memantau seorang wartawan dari Quebec menjadi lebih rumit apabila pasukan itu mengesahkan bahawa mereka juga telah memantau seramai enam orang wartawan yang lain.