1 Disember 2016 - 18:33
CIA Dan Arab Saudi Bentuk Daesh: Assange.

Menurut pengasas WikiLeaks, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) dan Arab Saudi telah membuka jalan bagi pembentukan kumpulan Takfiri Daesh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut pengasas WikiLeaks, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) dan Arab Saudi telah membuka jalan bagi pembentukan kumpulan Takfiri Daesh.

Pada hari Isnin lepas, Assange menjelaskan rantaian peristiwa yang berakhir dengan pembentukan kumpulan pengganas Takfiri Daesh di Timur Tengah. Kenyataan itu dibuat pada hari yang sama ketika WikiLeaks menerbitkan hampir setengah juta dokumen rahsia di dalam laman sesawang kumpulan itu.

Beliau menuding jari kepada CIA dan Riyadh berkaitan isu tersebut sambil berkata bahawa keputusan mereka untuk mempersenjatai kumpulan militan Afghanistan dalam rangka memerangi Kesatuan Soviet adalah batu asas kepada proses selanjutnya yang akan mewujudkan kumpulan pengganas itu.

Tindakan itu kemudiannya menghasilkan kumpulan pengganas al-Qaeda yang akhirnya melancarkan serangan ke atas Amerika Syarikat di dalam tragedi 11 September. Serangan itu memberikan A.S alasan untuk mencerobohi Iraq dan Afghanistan.

"Kebangkitan al-Qaeda akhirnya menghasilkan (tragedi) serangan 9 September, 2001 di Amerika Syarikat sekaligus membenarkan A.S untuk mencerobohi Afghanistan dan Iraq. Perang sedekad itu kemudiannya menatijahkan pembentukan ideologi, (sumber dan rangkaian) kewangan dan asas geografi bagi pihak ISIS (Daesh)," kata Assange.

Menurut dokumen-dokumen yang telah diterbitkan dahulu, pihak perisikan A.S mengetahui tentang rancangan beberapa kumpulan militan untuk membentuk sesuatu yang dipanggil sebagai kekhalifahan Islam di Timur Tengah.

Arab Saudi pula giat memberikan dana secara terbuka kepada kumpulan yang mereka gelari sebagai 'kumpulan pembangkang'. Kumpulan yang disokong Barat itu giat menentang Assad sejak tahun 2011 dalam apa yang dilihat sebagai satu lagi percubaan A.S dan sekutunya untuk mengamalkan penukaran rejim ke atas kerajaan asing.