Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn sah menerima pengisytiharan sebagai raja baharu Thailand di dalam sebuah majlis yang berlangsung pada lewat petang hari ini (waktu tempatan). Majlis tersebut disiarkan di semua rangkaian televisyen.
"Saya bersetuju melaksanakan hasrat mendiang raja, demi kebaikan seluruh rakyat Thailand," katanya pada majlis yang dihadiri pemimpin junta dan ahli Dewan Undangan Negara.
Beliau yang berusia 64 tahun menerima jemputan parlimen Thailand untuk menaiki takhta sekaligus memakai gelaran Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun.
Perkara di atas berlangsung 50 hari selepas kematian bapanya yang memerintah Thailand selama 70 tahun.
Upacara kemahkotaan beliau dijangka akan berlangsung selepas pengebumian bapanya pada tahun 2017.
1 Disember 2016 - 19:20
News ID: 795432
Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn sah menerima pengisytiharan sebagai raja baharu Thailand di dalam sebuah majlis yang berlangsung pada lewat petang hari ini (waktu tempatan). Majlis tersebut disiarkan di semua rangkaian televisyen.