Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Pertahanan Rusia berkata bahawa sebuah unit pencari ranjau negara itu telah berangkat ke Syria pada hari Jumaat semalam untuk melancarkan operasi membasmi ranjau di bandar Aleppo.
"Para anggota daripada unit pencari ranjau di Pusat Tindakan Ranjau Antarabangsa... telah menaiki pesawat pengangkut tentera di lapangan terbang Chekalov dan menuju ke lapangan udara Hmeimim (di Syria)," kata kementerian itu di dalam sebuah kenyataan.
Ketua Turus Angkatan Tentera Rusia barkata pada hari Rabu bahawa lebih daripada 200 anggota tenteranya serta 47 buah peralatan perang dan perkakasan khas begara itu akan ditempatkan di Aleppo untuk operasi pembersihan ranjau.
3 Disember 2016 - 13:48
News ID: 795734
Kementerian Pertahanan Rusia berkata bahawa sebuah unit pencari ranjau negara itu telah berangkat ke Syria pada hari Jumaat semalam untuk melancarkan operasi membasmi ranjau di bandar Aleppo.