Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua Gereja Katolik, Paus Francis telah menghantar sepucuk surat kepada Bashar Assad yang menyatakan rasa simpati beliau terhadap negara Syria dan rakyatnya. Beliau turut menyeru semua pihak untuk meningkatkan usaha dalam menamatkan pertumpahan darah di negara tersebut dan mengembalikan keamanan kepadanya.
Menurut Agensi Berita SANA, Paus Francis di dalam suratnya telah menegaskan pendirian keras Vatican ke atas segala bentuk keganasan termasuk keganasan yang berlaku di Syria. Beliau turut mengatakan bahawa Syria sedang menghadapi saat-saat yang sukar dikeranakan keganasan tersebut.
Surat tersebut telah diserahkan kepada presiden negara itu, Bashar Assad melalui Kardinal Mario Zenari di Syria.
Selain daripada itu, Paus Francis juga menekankan bahawa semua pihak perlu memainkan peranan mereka dalam menghapuskan keganasan di Syria supaya negara itu mampu kekal sebagai sebuah model masyarakat majemuk yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama seperti seadanya.
12 Disember 2016 - 16:14
News ID: 797701
Ketua Gereja Katolik, Paus Francis telah menghantar sepucuk surat kepada Bashar Assad yang menyatakan rasa simpati beliau terhadap negara Syria dan rakyatnya.