Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar Assad mengucapkan tahniah kepada penduduk negara Arab itu berikutan berita pembebasan bandar Aleppo daripada cengkaman militan yang ditaja oleh negara-negara asing. Ucapan tahniah itu dibuat di sebalik usaha berterusan pihak terbabit di bandar itu untuk membasmi kehadiran militan yang masih tersisa dan dalam masa yang sama menghulurkan bantuan kepada rakyat awam yang terkesan akibat konflik tersebut.
Di dalam sebuah rakaman video yang dimuat naik ke laman media sosial rasmi pejabat presiden, Assad menyifatkan pembebasan tersebut sebagai "bersejarah dan ucapan tahniah tidak mencukupi untuk menggambarkan nilai sebenarnya."
"Apa yang berlaku pada hari ini adalah penulisan sebuah sejarah yang ditulis oleh rakyat Syria sendiri. Penulisan ini tidak bermula hari ini, perkara itu bermula 6 tahun lalu apabila krisis dan perang ini dimulakan ke atas Syria," tambahnya.
15 Disember 2016 - 17:56
News ID: 798452
Presiden Syria, Bashar Assad mengucapkan tahniah kepada penduduk negara Arab itu berikutan berita pembebasan bandar Aleppo daripada cengkaman militan yang ditaja oleh negara-negara asing. Ucapan tahniah itu dibuat di sebalik usaha berterusan pihak terbabit di bandar itu untuk membasmi kehadiran militan yang masih tersisa dan dalam masa yang sama menghulurkan bantuan kepada rakyat awam yang terkesan akibat konflik tersebut.