18 Disember 2016 - 13:35
Pesawat Hercules Indonesia Terhempas

Sebuah pesawat tentera telah terhempas di wilayah paling timur di Indonesia sekaligus menyebabkan 13 orang terbunuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah pesawat tentera telah terhempas di wilayah paling timur di Indonesia sekaligus menyebabkan 13 orang terbunuh.

Menurut para pegawai Indonesia, insiden yang berlaku pada awal hari Ahad itu melibatkan sebuah pesawat Hercules C-130 milik tentera Indonesia. Pesawat itu dilaporkan sedang menjalani sebuah sesi penerbangan latihan yang melibatkan 3 orang juruterbang dan 10 orang anggota tentera dari bandar Timika yang terletak di wilayah Papua.

Pesawat Hercules C130 itu berlepas dari bandar Timika sebelum terhempas berhampiran dengan destinasinya iaitu bandar Wamena pada kira-kira jam 6.15 pagi waktu tempatan, kata pengarah operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia, Ivan Ahmad Riski Titus. Pesawat itu turut membawa 12 tan bahan makanan dan juga simen ketika terhempas

Indonesia dilaporkan memiliki rekod keselamatan udara yang kurang memuaskan dan Presiden Indonesia, Joko Widodo berjanji akan menilai semula inventori armada tentera udara negara itu yang semakin uzur tahun lalu selepas sebuah pesawat pengangkut tentera terhempas sekaligus membunuh lebih daripada 100 orang.