27 Disember 2016 - 19:18
Pakatan Tajaan A.S Bantu Daesh: Erdogan

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdgan mengumumkan bahawa beliau mempunyai bukti yang menunjukkan bahawa pakatan tajaan Amerika Syarikat di Syria memberikan sokongan kepada kumpulan-kumpulan pengganas termasuk Daesh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdgan mengumumkan bahawa beliau mempunyai bukti yang menunjukkan bahawa pakatan tajaan Amerika Syarikat di Syria memberikan sokongan kepada kumpulan-kumpulan pengganas termasuk Daesh.

Beliau turut menuduh pakatan tersebut membantu kumpulan militan Kurdis, YPG dan PYD di Syria. Presiden itu membuat kenyataan itu di sebuah sidang akhbar di Ankara pada hari Selasa.

"Mereka menuduh kami membantu Daesh," kata Erdogan. "Sekarang mereka memberikan bantuan kepada kumpulan-kumpulan pengganas termasuk Daesh, YPG dan PYD.Perkara itu sangat jelas. Kami mempunyai bukti-bukti yang sahih termasuk gambar, foto dan video," katanya lagi.

Pada hari Isnin, Erdogan memanggil Trump untuk membantu negaranya di dalam memerangi Daesh dengan menghalang kekuatan Kurdis.