Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah memotong bekalan ke kawasan timur bandar Aleppo yang baru-baru ini dibebaskan oleh Tentera Arab Syria.
Perkara itu dilaporkan berlaku pada hari Jumaat sekaligus Pertubuhan Bekalan Air Aleppo, Pertubuhan Bulan Sabit Merah dan penduduk tempatan untuk mencari cara baharu untuk mengembalikan bekalan air ke kawasan tersebut.
Kumpulan pengganas itu dilaporkan melakukan jenayah tersebut sebagai tindak balas di atas kekalahan mereka di medan-medan tempur Syria.
Pada hari Khamis, PBB telah memberi amaran bahawa 4 juta orang di bandar Damsyik telah terputus daripada bekalan air minum selama seminggu setelah beberapa mata air di luar bandar itu dicemari oleh para militan.
31 Disember 2016 - 19:09
News ID: 801953
Kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah memotong bekalan ke kawasan timur bandar Aleppo yang baru-baru ini dibebaskan oleh Tentera Arab Syria.