Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah bom kereta telah menggegarkan bandar Izmir pada hari Khamis ini. Letupan itu berlaku berhampiran sebuah mahkamah yang terletak di bandar yang ketiga terbesar di Turki itu. Perkara itu dilaporkan oleh Sky News pada hari yang sama.
Pihak berkuasa Turki berkata bahawa dua orang lelaki bersenjata terbunuh di dalam kejadian tembak-menambak yang menyusuli letupan tersebut. Akan tetapi lelaki yang ketiga dilaporkan berjaya melepaskan diri dari tempat kejadian.
Menurut gabenor wilayah, Erol Ayyildiz, kejadian tembak-menembak itu berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan sebuah kenderaan di pusat pemeriksaan. Para penyerang kemudiannya meletupkan kereta tersebut dan cuba untuk melarikan diri.
Serangan ini berlaku beberapa hari selepas seorang pengganas menyerang sebuah kelab malam di Istanbul.
Sebelum ini, Turki telah dikejutkan dengan serangan pengganas pada malam tahun baharu yang berlaku di sebuah kelab malam yang terletak di Istanbul di mana 39 orang terbunuh dan puluhan yang lain dilaporkan cedera.
5 Januari 2017 - 17:34
News ID: 802988
Sebuah bom kereta telah menggegarkan bandar Izmir pada hari Khamis ini. Letupan itu berlaku berhampiran sebuah mahkamah yang terletak di bandar yang ketiga terbesar di Turki itu. Perkara itu dilaporkan oleh Sky News pada hari yang sama.