Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Republik Chechnya, Rusia, Ramzan Kadyrov menulis di laman sosialnya bahawa seorang pengganas yang sangat berbahaya telah ditahan di wilayah tersebut. Beliau turut mengatakan bahawa pengganas itu adalah salah seorang daripada anggota kumpulan Takfiri Daesh.
"Pada hari Sabtu, Imran Datsayev, seorang pengganas yang sangat berbahaya telah ditahan. Sebelum itu, dia berjaya melepaskan diri daripada sebuah operasi khas yang dilancarkan di kampung Geldagan. Dia (kemudiannya) ditangkap berhampiran medan Minutka yang terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah Orbita. Para pegawai polis mengepung dan menyerunya untuk menyerahkan diri. Dia kemudiannya melontarkan bom tangan ke arah anggota polis," tulis Kadyrov.
Pada masa ini, Datsayev sedang disiasat oleh pihak polis.
Menurut Kadyrov, para pegawai polis juga menahan 2 orang anggota kumpulan pengganas yang sama apabila mereka cuba meninggalkan wilayah Utara Caucasus itu. Mereka akan dibawa ke Grozny. Kumpulan itu telah dibasmi secara keseluruhan.
"Kami memberikan perhatian yang khusus ka atas langkah pencegahan serta kerja-kerja operatif yang bertujuan untuk membongkar sasaran dan objektif penjenayah di peringkat perancangan lagi supaya tidak memberikan mereka ruang untuk melaksanakan kejahatan mereka," kata Kadyrov.
/315