Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ratusan anggota kumpulan militan di Syria telah menyerahkan senjata mereka kepada tentera kerajaan di sebuah kawasan strategik yang terletak di Barat Laut Damsyik.
Para militan menyerahkan senjata mereka termasuk pelancar mortar dan pelbagai jenis puluru meriam di kampung Dayr Qanun yang terletak di lembah Wadi Barada.
Pada 29 Januari lepas, Tentera Syria berjaya merampas kembali kawalan ke atas lembah strategik tersebut dan bersetuju untuk memindahkan ratusan militan dari kawasan tersebut.
Perkara itu dibuat di bawah sebuah perjanjian yang disepakati oleh kedua-dua pihak sebelum ini. Di bawah perjanjian itu, para militan boleh memilih untuk tinggal di situ selepas meletakkan senjata mereka atau dipindahkan ke Idlib yang masih berada di bawah kawalan militan.
1 Februari 2017 - 20:57
News ID: 808827
Ratusan anggota kumpulan militan di Syria telah menyerahkan senjata mereka kepada tentera kerajaan di sebuah kawasan strategik yang terletak di Barat Laut Damsyik