Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin gerakan Ansarullah berkata bahawa Arab Saudi adalah rakan persekongkolan rejim Israel dan kerana itu mereka menganggap sesiapun yang menentang Tel Aviv sebagai musuh mereka sendiri.
Ketika memberikan ucapan kepada para pengikutnya pada hari Jumaat di dalam sebuah majlis memperingati para syuhada, Abdul Malik Houthi berkata bahawa Arab Saudi sentiasa menjadi musuh kepada negara yang menentang hegemoni Amerika Syarikat dan Israel di Timur Tengah.
Beliau turut berkata bahawa tindakan ketenteraan Arab Saudi ke atas negaranya merupakan sebuah tindakan yang sebenarnya dipimpin oleh Washington dan Tel Aviv. Pemimpin puak Houthi itu turut mengatakan bahawa tiada sebarang alasan yang memadai untuk membenarkan kekejaman rejim Riyadh ke atas warga Yaman.
Houthi turut menekankan bahawa Arab Saudi dan sekutunya sebenarnya cuba untuk menafikan warga Yaman daripada kemerdekaan dengan mengetuai operasi ketenteraan pakatan negara-negara Arab ke atas negara tersebut.
/315