Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Majoriti rakyat Palestin atau sebanyak 64 peratus mahu Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas untuk meletak jawatan, menurut laporan akhbar Quds, semalam.
Menurut tinjauan dijalankan Pusat Palestin untuk Dasar dan Tinjauan Penyelidikan, Abbas dan pemimpin kanan politik Hamas, Ismail Haniyeh mendapat sokongan 47 peratus, peningkatan untuk Haniyeh dan penurunan bagi Abbas.
Kajian pada 1 hingga 11 Mac lalu menunjukkan, sebahagian besar responden tidak berpuas hati dengan tindak balas Pihak Berkuasa Palestin terhadap isu penempatan dan percaya kes itu perlu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Kira-kira 77 peratus turut percaya Pihak Berkuasa Palestin terlibat rasuah dan 47 peratus lagi percaya institusi tersebut menjadi beban kepada rakyat Palestin. - Middle east Monitor
17 Mac 2017 - 20:15
News ID: 818401
Majoriti rakyat Palestin atau sebanyak 64 peratus mahu Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas untuk meletak jawatan, menurut laporan akhbar Quds, semalam.