Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jabatan Polis New York (NYPD) menjadi ‘tidak menang tangan’ apabila menerima panggilan palsu berhubung ugutan bom di Menara Trump, New York sejak Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 20 Januari lepas.
Portal TMZ melaporkan, panggilan palsu berhubung kewujudan bom dalam bangunan itu amat ‘memeningkan’ NYPD selain mencetuskan rasa panik dalam kalangan pekerja dan pengunjung di lokasi tersebut.
Laporan menyebut, ada juga panggilan yang dilakukan oleh suspek yang sama dengan membuat panggilan palsu tiga kali berturut-turut dalam minggu sama Trump mengangkat sumpah.
Saban hari pegawai NYPD dan Jabatan Risikan akan menjalankan operasi bagi memastikan keselamatan sentiasa terjamin termasuk menggunakan perkhidmatan anjing pengesan bom bagi memeriksa setiap beg yang dibawa keluar atau masuk.
TMZ mendedahkan setiap tindakan itu juga memerlukan kos, tenaga pekerja dan masa yang banyak selain pembaziran hanya kerana menerima panggilan palsu berhubung adanya bom dipasang di sekitar dan dalam menara tersebut.
Usaha TMZ menghubungi NYPD bagi penjelasan berhubung pendedahan itu juga tidak membuahkan hasil kerana mereka tidak mahu memberikan sebarang komen.
26 Mac 2017 - 18:10
News ID: 820120
Jabatan Polis New York (NYPD) menjadi ‘tidak menang tangan’ apabila menerima panggilan palsu berhubung ugutan bom di Menara Trump, New York sejak Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 20 Januari lepas.