27 Mac 2017 - 19:11
Tehran Nafi Tuduhan Palsu Bahrain

Republik Islam Iran berkata bahawa adalah lebih baik bagi Bahrain untuk menghentikan tindakan mereka yang menekan kebebasan di negara daripada terus-menerus menuduh Republik Islam dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Republik Islam Iran berkata bahawa adalah lebih baik bagi Bahrain untuk menghentikan tindakan mereka yang menekan kebebasan di negara daripada terus-menerus menuduh Republik Islam dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi membuat kenyataan itu pada hari Isnin selepas Manama mendakwa bahawa mereka telah menemui sebuah kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan dengan Tehran di negara Arab itu.

Jurucakap itu menegaskan bahawa tuduhan itu tidak berasas dan tidak akan membuahkan sebarang hasil kepada Manama. Dia juga berkata bahawa pihaknya tertanya-tanya kenapa pihak rejim Bahrain kerap mengulangi dakwaan sedemikian ke atas Tehran.

"Daripada bermain dengan permainan yang berulang-ulang dan tidak memberikan sebarang hasil ini, Bahrain sepatutnya menumpukan usaha mereka di dalam menegakkan hak warga Bahrain dan menghentikan tindakan keras dan penahanan para intelektual di negara itu..., katanya lagi.

/315