Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Britain, Theresa May menegaskan negara ini tidak boleh sesekali berundur atau berpatah balik dengan keputusan awal daripada Kesatuan Eropah.
Theresa May berkata demikian selepas mengemukakan notis mengakhiri keanggotaan Britain dalam EU ketika sidang Parlimen hari ini.
“Kita tidak boleh berundur atau patah balik sebaliknya marilah kita bersama-sama bersatu.
“Pelaksanaan ini sedang dalam proses seperti kehendak rakyat Britain dan United Kingdom untuk meninggalkan EU,” katanya.
Tambah beliau, Britain akan terus mengekalkan kawalan ke atas hal ehwal imigresen.
Seramai 52 peratus rakyat mengundi untuk keluar dari EU sembilan bulan lepas. - AFP
29 Mac 2017 - 19:28
News ID: 820771
Perdana Menteri Britain, Theresa May menegaskan negara ini tidak boleh sesekali berundur atau berpatah balik dengan keputusan awal daripada Kesatuan Eropah.