Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Enam terbunuh dan lebih 100 cedera semalam dalam pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan semasa pilihan raya di Srinagar wilayah Kashmir.
Puak pemisah di Kashmir dipanggil memboikot undi, menyebabkan peningkatan keselamatan dan peratusan keluar mengundi rendah sebaik pengundian bermula.
Di Daerah Budgam, polis menggunakan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang membaling batu dan kemudian melepaskan tembakan dan menyebabkan enam orang terbunuh, kata polis kanan memberitahu Reuters.
Lebih 100 lagi cedera dalam pertempuran di bandar pusat Kashmir pada Ahad kata polis.
Sekurang-kurangnya 70 pusat mengundi ditutup akibat keganasan.
"Terdapat lebih daripada 200 insiden keganasan ... termasuk melontar batu, serangan bom petrol, menyalakan api di pusat mengundi," kata Ketua Pegawai Pilihan Raya, Shantmanu.
Shantmanu berkata, peratusan keluar mengundi adalah 6.5 peratus dan keputusan mengenai pengundian semula di kawasan keganasan akan ditentukan kemudian.
Pilihan raya kecil di Srinagar diadakan untuk mengisi kerusi kosong di Lok Sabha, Dewan Rakyat Parlimen, India.
Pilihan raya kecil kedua di negeri bagi kerusi Lok Sabha yang berasingan bakal berlangsung pada 12 April di Anantnag.
Keputusan kedua-dua pilihan raya dijangka akan diumumkan pada 15 April.
10 April 2017 - 19:02
News ID: 823109
Enam terbunuh dan lebih 100 cedera semalam dalam pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan semasa pilihan raya di Srinagar wilayah Kashmir.