Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas Menteri Pertahanan rejim Israel, Moshe Ya'alon mengesahkan tentang kewujudan kesepakatan rahsia di antara mereka dan juga kumpulan pengganas Takfiri Daesh sambil berkata bahawa kumpulan itu pernah dengan segara "meminta maaf" daripada Israel selepas melancarkan tembakan ke atas wilayah mereka.
Sebelum ini, media antarabangsa pernah melaporkan tentang misi pasukan komando Israel di dalam wilayah Syria untuk menyelamatkan para militan yang mengalami kecederaan. Akan tetapi, pendedahan di atas adalah yang pertama kali dilakukan oleh pegawai kanan rejim itu sendiri.
Pendedahan Ya'alon itu dilaporkan pada hari Ahad di laman sesawang milik rangkaian Channel 10 Israel.
Di dalam laporan itu, terdapat rakaman yang menunjukkan sebuah acara yang berlangsung di bandar Afula. Acara itu disertai oleh Ya'alon yang menerangkan tentang sebuah insiden di mana kumpulan Daesh-Syria menembak ke dalam wilayah Tebing Barat.
Tebing Golan adalah sebuah wilayah Syria yang diduduki oleh rejim Tel Aviv sejak tahun 1967.
Walaupun kumpulan Takfiri Daesh pernah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan roket ke dalam wilayah Israel dari Semenanjung Sinai -serangan ini tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa dan sebarang kerugian harta benda- , kumpulan itu secara amnya enggan menyasarkan wilayah Israel ataupun kawasan yang dijajahinya.
Akan tetapi, menurut Ya'alon, selepas Daesh melepaskan tembakan ke atas Tebing Golan, mereka dengan segara meminta maaf kepada Tel Aviv. Perkara itu menunjukkan tentang kewujudan kesepakatan yang wujud di antara kedua-dua entiti itu dan dalam masa yang sama turut mendedahkan bahawa Daesh bersetuju untuk tidak menyasarkan kepentingan Israel.
/315
24 April 2017 - 18:27
News ID: 825764
Bekas Menteri Pertahanan rejim Israel, Moshe Ya'alon mengesahkan tentang kewujudan kesepakatan rahsia di antara mereka dan juga kumpulan pengganas Takfiri Daesh sambil berkata bahawa kumpulan itu pernah dengan segara "meminta maaf" daripada Israel selepas melancarkan tembakan ke atas wilayah mereka.