Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perintah darurat terbaharu di Turki telah mengakibatkan pemecatan seramai 4,000 orang serta pelarangan ke atas penyiaran beberapa rancangan televisyen di negara itu. Selain daripada itu, beberapa pembiayaan ke atas para pelajar dan perkhidmatan kesihatan juga telah dibatalkan berikutan daripada perintah itu.
Menurut media kerajaan, Anadolu, pentadbiran Presiden Reccep Tayyip Erdogan telah mengeluarkan beberapa langkah darurat 'KHK' yang baharu termasuk memecat 3.974 orang pekerja daripada pelbagai institusi milik kerajaan. Seramai 484 orang daripada mereka yang dipecat bekerja di dalam sektor akademik.
Pada awal bulan ini, kuasa pejabat eksekutif di negara itu berjaya diperluaskna oleh pentadbiran sekarang melalui sebuah referendum yang menyaksikan warga Turki berbelah-bahagi berhubung isu tersebut. Kempen Erdogan hanya berjaya mendapat majoriti kurang daripada 2 peratus di dalam pungutan suara yang disertai dengan pelbagai kontroversi itu.
Selain daripada pemecatan tersebut, beberapa rancangan televisyen turut diharamkan berikutan apa yang dilihat sebagai peningkatan budaya penafsiran agama yang ketat di negara itu.
Pemecatan yang meluas itu adalah yang terbesar sejak percubaan rampasan kuasa Julai lepas berjaya dipatahkan oleh warga Turki daripada pelbagai kem politik.
Pelajar pertukaran antarabangsa juga melihat pembiayaan mereka ditarik balik sekaligus menyebabkan mereka 'terdampar' di seluruh dunia dan dalam masa yang sama, sekitar beberapa pertubuhan dan badan kesihatan ditutup di seluruh negara itu.
Jumlah keseluruhan mereka yang dipecat dan ditahan di Turki berikutan percubaan rampasan kuasa itu kini telah melangkaui angka 130,000 orang dan Erdogan dapat dilihat dengan jelas cuba untuk memperkukuhkan posisinya di dalam politik negara itu dengan menggunakan alasan tersebut yang dipanggilnya sebagai "pemberian tuhan."
/315
30 April 2017 - 17:01
News ID: 826989
Perintah darurat terbaharu di Turki telah mengakibatkan pemecatan seramai 4,000 orang serta pelarangan ke atas penyiaran beberapa rancangan televisyen di negara itu. Selain daripada itu, beberapa pembiayaan ke atas para pelajar dan perkhidmatan kesihatan juga telah dibatalkan berikutan daripada perintah itu.