Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pusingan baharu rundingan damai Syria yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka bermula di Geneva, minggu depan kata, pejabat pengantara badan dunia itu.
"Wakil khas Staffan de Mistura akan mengadakan rundingan antara pihak bertelagah di Syria di bawah kelolaan PBB di Geneva, pada 16 Mei 2017," kata PBB dalam satu kenyataan.
Pengumuman itu dilakukan beberapa hari selepas penyokong rejim, Russia dan Iran serta penyokong pemberontak, Turki memeterai satu perjanjian pengukuhan gencatan senjata di Astana, Kazakhstan yang dipersetujui, Disember lalu dengan melaksanakan "zon tanpa pertempuran".
De Mistura yang bertindak sebagai pemerhati di Astana, menyifatkan perjanjian itu sebagai "akan dilaksanakan secara penuh sekali gus meredakan keganasan dan membantu suasana kondusif bagi rundingan damai Syria di Geneva."
Pelbagai inisiatif diplomasi selama bertahun-tahun gagal menamatkan peperangan di Syria yang sudah mengorbankan lebih 320,000 nyawa selain mengakibatkan berjuta-juta penduduk menjadi pelarian, sejak 2011 susulan tunjuk perasaan menentang rejim Presiden Bashar al-Assad. - AFP
9 Mei 2017 - 19:01
News ID: 828851
Pusingan baharu rundingan damai Syria yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka bermula di Geneva, minggu depan kata, pejabat pengantara badan dunia itu.