
Foto: AFP
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas peguam hak asasi Moon Jae-in memenangi Pilihan Raya Presiden Korea Selatan menggantikan presiden yang digulingkan Park Geun-hye, lapor CNN.
Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan berkata, dengan kiraan undian, Jae-in menang dengan 41.08% iaitu seramai 13,423,800 pengundi memilih Moon Jae-in sebagai presiden.
"Ini adalah kemenangan yang besar untuk orang-orang hebat yang telah bersama saya untuk membina sebuah negara yang adil, negara bersatu dan negara di mana prinsip dan akal berfungsi, kata Jae-in diptik CNN.
Jae-in, calon Parti Demokratik, memperoleh 41.1% undi pada hari Selasa, manakala calon konservatif Hong Joon-pyo memperoleh 25.5% dan Ahn Cheol-soo, yang telah dilihat sebagai pesaing yang kuat, dengan 21.4% undi. -Sinar Harian