Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ayatullah Hussein Noori Hamedani pada hari ini di Qom menyeru warga Iran untuk turun beramai-ramai ke pusat-pusat membuang undi sempena pilihan raya yang akan datang.
Beliau juga menegaskan tentang kewajiban warga Iran untuk berbuat demikian sambil menyatakan harapannya untuk melihat rakyat daripada pelbagai latar belakang jantina dan usia menyertai proses itu.
Beliau mengatakan bahawa warga Iran perlu berdiri teguh di hadapan para musuh negara ini sambil menunjukkan kepada mereka bahawa rakyat secara keseluruhannya masih setia kepada sistem pemerintahan di Iran. Menurut beliau, perkara ini boleh dicapai melalui penyertaan beramai-ramai mereka di dalam pilihan raya yang akan datang.
Beliau turut menambah dengan mengatakan bahawa perkara di atas menjadikan penyertaan warga awam di dalam pilihan raya itu sebagai sejenis 'jihad' yang diperlukan pada zaman ini.
Ayatullah Noori kemudiannya berkata bahawa sistem pemerintahan di Iran didirikan berasaskan akidah Islam sekaligus menjadikan sebarang usaha untuk melemahkan sistem itu sebagai sesuatu yang tidak dibenarkan sama sekali. -ABNA24
/315
17 Mei 2017 - 19:15
News ID: 830381

Ayatullah Hussein Noori Hamedani pada hari ini di Qom menyeru warga Iran untuk turun beramai-ramai ke pusat-pusat membuang undi sempena pilihan raya yang akan datang.