24 Mei 2017 - 17:48

Polis Indonesia berkata suspek pengebom nekad dan seorang pegawai polis maut dalam letupan berhampiran sebuah stesen bas di timur bandar raya itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis Indonesia berkata suspek pengebom nekad dan seorang pegawai polis maut dalam letupan berhampiran sebuah stesen bas di timur bandar raya itu.

Dua letupan berlaku di terminal bas Kampung Melayu yang meletup selang lima minit, kata polis dalam satu kenyataan. Ia berkata, beberapa yang lain termasuk pegawai polis cedera dan dibawa ke hospital berhampiran.

Seorang pegawai hospital yang bercakap kepada stesen Metro TV, berkata dua anggota polis dan seorang penduduk awam dirawat kerana cedera dan ketiga-tiganya sedarkan diri.

Satu lagi laporan televisyen menyebut lima cedera. Pihak berkuasa di negara paling ramai umat Islam di dunia itu semakin bimbang mengenai kemunculan semula radikalisme, didorong oleh generasi baru militan yang diilhamkan militan Daesh. - AFP