Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para militan yang disokong oleh Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu -dua buah negara sekutu yang terlibat di dalam konflik berdarah di Yaman- telah bertempur sesama sendiri di bandar pelabuhan Aden. Menurut laporan, pejuang yang ditaja oleh UAE berjaya mengawal lapangan terbang di bandar tersebut.
Menurut sumber, para militan yang disokong oleh UAE telah membunuh beberapa pengawal keselamatan yang bekerja di lapangan terbang tersebut. Lapangan terbang itu sebelum ini dikawal oleh para pejuang yang setia kepada bekas Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi. Beliau merupakan sekutu kuat Riyadh di dalam konflik di Yaman. Rejim Arab Saudi melancarkan kempen ganas mereka di Yaman dengan harapan untuk mengembalikan kuasa kepada bekas Presiden Yaman itu.
Abd Rabbuh Mansur Hadi sebelum ini meninggalkan Yaman selepas enggan berdialog dengan Gerakan Ansarullah Houthi berhubung prospek perkongsian kuasa di negara itu.
Selepas pulang ke Yaman, Hadi terus menuju ke bandar Aden. Akan tetapi, pesawat yang membawanya dihalang mendarat di di lapangan terbang yang dikuasai oleh para pejuang pro-UAE.
Hadi sebelum ini pernah memecat dua orang pegawainya berhubung dakwaan sikap pro-Dubai yang ditunjukkan oleh mereka.
Salah seorang daripada pegawai itu merupakan gabenor Hadi di bandar Aden, Mejar Jeneral Aidarous al-Zubaidi. Kedua-dua pegawai itu bertindak dengan memutuskan hubungan mereka dengan Hadi sebelum membentuk badan autonomi di selatan Yaman.
Pentadbiran Arab Saudi kemudiannya menjemput kedua-dua pegawai itu ke negara tersebut di dalam apa yang dilihat oleh sesetengah pihak sebagai sebuah percubaan Riyadh untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka berhubung tindakan mereka memutuskan hubungan dengan Hadi. -ABNA24
/315
2 Jun 2017 - 10:30
News ID: 833673
Para militan yang disokong oleh Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu -dua buah negara sekutu yang terlibat di dalam konflik berdarah di Yaman- telah bertempur sesama sendiri di bandar pelabuhan Aden. Menurut laporan, pejuang yang ditaja oleh UAE berjaya mengawal lapangan terbang di bandar tersebut.