Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Badan hak asasi manusi antarabangsa berkata bahawa Arab Saudi merancang untuk melaksanakan hukuman mati ke atas 14 orang warga awam Syiah di negara itu selepas apa yang disifatkan oleh mereka sebagai "perbicaraan yang sangat tidak adil."
"Peningkatan pelaksanaan hukuman mati ke atas warga Arab Saudi yang bermzhab Syiah sangat membimbangkan dan perkara ini menunjukkan bahawa pihak berkuasa negara itu menggunakan hukuman itu sebagai cara untuk membalas dendam serta menghancurkan sebarang bentuk perbezaan pendapat di bawah samaran memerangi keganasan dan menjamin keselamatan negara," kata pegawai pertubuhan Human Right Watch, Sarah Leah Whitson pada hari Selasa.
Dokumen mahkamah yang dikaji Amnesty International juga menunjukkan bahawa 38 orang defendan telah ditahan lebih daripada 2 tahun sebelum perbicaraan dimulakan.
Kebanyakan tahanan dikurung secara bersendirian dan ahli keluarga juga tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan para tahanan itu.
"Prosiding mahkamah palsu yang menatijahkan hukuman mati... dengan berani melanggar piawaian perbicaraan antarabangsa," kata Pengarah Amnesty bagi Timur Tengah, Lynn Maalouf.
"Hukuman mati yang dibuat berdasarkan "pengakuan" paksa yang mencabuli undang-undang hak asasi manusia antarabangsa adalah sangat menjijikkan. Akan tetapi, perakara ini sudah menjadi natijah lumrah bagi kes bersangkutan isu keselamatan di Arab Saudi," tambahnya.
"Keputusan itu perlu dibatalkan serta-merta," katanya lagi.
Arab Saudi pada tahun lepas sahaja telah melaksanakan 153 hukuman mati di seluruh negara bermonarki mutlak itu. Kes yang paling mengejutkan pada tahun 2016 adalah pembunuhan Syeikh Nimr al-Nimr yang merupakan ulama tersohor di negara Arab itu.
Pada tahun sebelumnya, sebanyak 158 orang dijatuhkan hukuman mati termasuk 71 warga asing.
Para pegawai Arab Saudi melaksanakan hukuman mati dengan memancung mangsa sebelum menggantung mayat mereka di helikopter untuk ditayangkan kepada orang awam.
Menurut Amnesty, Arab Saudi merekodkan jumlah hukuman mati tertinggi di dunia. Human Right Watch juga sudah beberapa kali menggesa Riyadh untuk memansuhkan hukuman pancung itu. -ABNA24
/315
7 Jun 2017 - 04:23
News ID: 834797
Badan hak asasi manusi antarabangsa berkata bahawa Arab Saudi merancang untuk melaksanakan hukuman mati ke atas 14 orang warga awam Syiah di negara itu selepas apa yang disifatkan oleh mereka sebagai "perbicaraan yang sangat tidak adil."