12 Julai 2017 - 02:18
Daesh Sahkan Kematian Baghdadi

Kumpulan pengganas Takfiri Daesh mengesahkan berita kematian pemimpin mereka, Abu Bakar al-Baghdadi di dalam sebuah kenyataan pendek. Mereka turut menyatakan bahawa nama penggantinya akan diumumkan secepat mungkin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan pengganas Takfiri Daesh mengesahkan berita kematian pemimpin mereka, Abu Bakar al-Baghdadi di dalam sebuah kenyataan pendek. Mereka turut menyatakan bahawa nama penggantinya akan diumumkan secepat mungkin.

Rangkaian al-Sumariyah yang berpusat di Iraq pada hari Selasa mengumumkan bahawa kumpulan itu telah mengeluarkan sebuah kenyataan baharu berhubung kematian pemimpin mereka. Al-Sumariyah menukilkan sebuah sumber tempatan di wilayah Nainawa di dalam laporan tersebut.

Kumpulan pengganas Takfiri Daesh pada dua hari sebelum tersebarnya berita di atas telah menarik balik larangan bercakap berhubung kematian Baghdadi di Tal'afur.

Berita ini tersebar di sebalik amalan biasa kumpulan itu yang menghebahkan maklumat rasmi mereka melalui rangkaian berita A'maq.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria pada Rabu turut mengesahkan bahawa mereka mempunyai maklumat kredibel yang menunjukkan bahawa Baghdadi telah terbunuh.

Menteri Pertahanan Rusia sebelum ini turut membuat pengumuman bahawa Baghdadi mungkin terbunuh di dalam salah sebuah serangan udara negara tersebut ke atas kedudukan pengganas. -ABNA24

/315