20 Julai 2017 - 08:27
Trump Tamatkan Operasi Rahsia CIA Di Syria

Pentadbiran Presiden Donald Trump telah mengambil untuk menamatkan program rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) bagi melatih kumpulan pemberontak yang menentang Presiden sah Syria, Bashar al-Assad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentadbiran Presiden Donald Trump telah mengambil untuk menamatkan program rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) bagi melatih kumpulan pemberontak yang menentang Presiden sah Syria, Bashar al-Assad.

Dengan menukilkan dua sumber rasmi A.S, The Washington Post melaporkan berhubung penggantungan program itu pada hari Rabu. Rumah Putih dan CIA enggan memberikan komen berhubung keputusan tersebut.

Menurut salah seorang pegawai, keputusan itu merupakan sebahagian daripada usaha Washington untuk memulihkan hubungan dengan Kremlin yang merupakan sekutu kuat Presiden Bashar Assad di dalam konflik berdarah itu.

Katanya, program CIA yang bermula pada 2013 itu -di bawah pentadbiran bekas Presiden Barack Obama- bertujuan untuk menggulingkan Presiden Bashar Assad. Akan tetapi, projek itu gagal membuahkan hasil yang dikehendaki. Selain daripada itu, sebahagian daripada pemberontak yang dilatih CIA turut terlibat dengan keganasan dengan menyertai kumpulan pengganas di Syria termasuk Daesh sekaligus menjadikannya tidak popular di mana-mana.

Keputusan itu dibuatoleh Penasihat Keselamatan Negara, HR McMaster dan Pengarah CIA, Mike Pompeo selepas berunding dengan pegawai peringkat rendah dan sebelum pertemuan di antara Presiden Trump dan rakan sejawatnya dari Russia, Vladimir Putin ketika persidangan G20 di Hamburg, Jerman.

Keputusan ini walau bagaimanapun tidak menamatkan penglibatan A.S di Syria memandangkan Trump pada bulan Mei lepas telahpun menandatangani sebuah rancangan untuk membekalkan senjata kepada kumpulan pemberontak Kurdis. Di bawah rancangan itu, A.S akan menyalurkan bekalan senjata tersebut melalui Jabatan Pertahanan negara itu.

Penghentian operasi CIA ini juga tidak bermakna operasi ketenteraan A.S termasuk serangan udara akan ditamatkan.

Jurucakap Pentagon, Dana White berkata di dalam sebuah kenyataan bahawa "Presiden (A.S) telah membenarkan Jabatan Pertahanan untuk memperlengkapkan pasukan Kurdis yang merupakan salah sebuah elemen Angkatan Bersenjata Demokratik Syria dengan senjata untuk memastikan kejayaan ke atas ISIL di Raqqa, Syria. -ABNA24

/315