24 Julai 2017 - 16:00
Tentera Yaman Musnahkan Kapal  Pakatan Pimpinan Riyadh

Pasukan tentera laut Yaman dengan bantuan sekutu mereka telah menyasarkan sebuah kapal perang Arab Saudi yang berada di pantai berdekatan wilayah Hudaydah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan tentera laut Yaman dengan bantuan sekutu mereka telah menyasarkan sebuah kapal perang Arab Saudi yang berada di pantai berdekatan wilayah Hudaydah.

Agensi berita SABA yang memetik sumber tentera yang tidak dinamakan melaporkan bahawa kapal perang pakatan pimpinan Arab Saudi itu dimusnahkan pada hari Isnin dengan tembakan roket.

Sumber tentera itu turut mengatakan bahawa kapal musuh itu sedang menjalankan operasi mengganggu gelombang radar ketika menjadi sasaran pihak tentera Yaman.

Tentera Yaman sebelum ini berjaya memusnahkan beberapa kapal pakatan pimpinan Arab Saudi dan insiden terbaharu ini pasti akan meningkatkan kehampaan Riyadh yang sudah dua tahun melancarkan perang ke atas negara jirannya yang miskin itu.

Pada 30 Januari lepas, tentera Yaman telah menyasarkan peluru berpandu ke arah kapal perang al-Madinah milik Arab Saudi berdekatan wilayah Hudaydah dan pada 25 Jun tahun ini, sebuah bot tempur Riyadh turut musnah di dalam serangan yang dilancarkan oleh tentera Yaman di pantai Mukha yang terletak di wilayan Ta'izz. 

Arab Saudi mula mengebom Yaman sejak Mac 2015 dalam usaha mengembalikan kuasa kepada sekutu Riyadh. -ABNA24

/315