Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Myanmar dilaporkan telah mengisytiharkan perintah berkurung baharu di Rakhine yang didiami lebih sejuta penduduk Islam Rohingya.
Menurut media tempatan, langkah tersebut akan dikuatkuasakan di kawasan tertentu selepas tentera mengerah ratusan anggota ke negeri utara tersebut untuk tujuan 'operasi pembersihan'.
"Beberapa penduduk kampung di Rathidaung tidak berani untuk keluar dari rumah kerana bimbang insiden keganasan pada tahun lalu berulang," menurut saksi.
Jumaat lalu, satu laporan mendedahkan, Tatmadaw telah menghantar kira-kira 500 anggota ke beberapa bandar termasuk Buthidaung dan Maungdaw berhampiran sempadan Bangladesh.
"Batalion dengan ratusan tentera dari tengah Myanmar dikerahkan ke jajaran Gunung Mayu," menurut jurucakap tentera yang enggan identitinya didedahkan.
Difahamkan, keputusan untuk meningkatkan kehadiran tentera di kawasan tersebut dan pengisytiharan perintah berkurung itu dibuat seminggu selepas insiden penemuan tujuh mayat penduduk Buddha di Maungdaw.
PBB dalam satu kenyataan turut menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan tersebut yang dikhuatiri akan menyebabkan penindasan lebih buruk ke atas etnik Rohingya. - Press TV
14 Ogos 2017 - 06:51
News ID: 848129
Kerajaan Myanmar dilaporkan telah mengisytiharkan perintah berkurung baharu di Rakhine yang didiami lebih sejuta penduduk Islam Rohingya.